AmyHilmirda

 hilmirdadaud.blogspot.my

Image Slider

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Sekarang ni kalau berkumpul dengan kawan-kawan dan jiran tetangga mesti bab baju tak kering jadi topik hangat. Dobi layan diri tu pun asyik penuh aje. Amy tak kuasa nak hantar keringkan baju kat sana.

Sidai Baju Dalam Rumah

Ini adalah bahagian paling cantik/kemas, ruang lain takut nak tunjuk 😂. Kalaulah tetiba sampai tetamu tak diundang mau pengsan orang tu... heheh.

Kat luar jangan citerlah, baju saje. Tak cukup kat luar kat dalam pulak. On semua kipas tapi Amy pulak yang kesejukkan. 

Sidai kat dalam ni lebih cepat kering dari yang kat luar tu jadi bila dalam dah kering kenalah hangkut kain sejuk kat luar tu pulak sidai kat dalam. Mana boleh sidai Amy sidaikan.

Korang pulak sidai kat mana? Beli dryer ke? 😁
Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Plug kat dapur sangat terhad jadi kenalah tambah plag lagi untuk dua dinding, satu dinding bahagian masak-masak satu lagi bahagian oven.

intech kitchen

Tanya pada kontraktor buat tembok tu dia nak RM1k. Punyalah mahal, ingat kita ni cop duit ke. Dah buat macam-macam dengan dia itu pun tak boleh kurang. Kalau boleh semua dia nak buka. 

Nasib baik Jasper boleh uruskan bab plug tu. Cina yang alihkan plug tu caj RM500 untuk semua.


intech kitchen

Rumah Semenyih dulu pakai solid surface, Rumah KL ni dah pakai Quartz kali ni kita pakai contrete pulak. Lebih murah. 

Tiga minggu kemudian barulah orang yang buat concrete top tu datang. Sebelum diorang sampai Amy buka dulu semua langsir kat bawah tu takut nanti kena habuk simen. 

intech kitchen

Tadaaaa ... rupa dah siap.

intech kitchen

Inilah rupa finishing water trap tu. Dia ternaik sikit jadi kalau kita basuh membasuh tu tak delah airnya meleleh ke tempat lain.

Singki kami beli satu mangkuk dari Intech Kitchen. Senang nak cuci kuali lepas ni.
Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Tahun 2013 dulu Amy ada cerita yang Amy buat wardrobe dan rak kasut dengan Intech Kitchen tahun ni Amy buat kitchen cabinet pulak dengan Intech Kitchen.

Kebetulan kami dapat Jasper lagi. 

Rumah Pajam : Kabinet Dapur Intech Kitchen.

Jasper tengah menconteng dinding dapur ku.

Rumah Pajam : Kabinet Dapur Intech Kitchen.

Ada mural di sana .... heheh.

Lepas Jasper datang ambik ukuran dan siapkan design yang kami nak, kami pun pergilah ke show room Intech Kitchen di Semenyih untuk pilih material dan sebagainya.

Rumah Pajam : Kabinet Dapur Intech Kitchen.

Antara contoh kitchen cabinet yang ada di sana.

Rumah Pajam : Kabinet Dapur Intech Kitchen.

Special finishing water trap for concrete. Amy berkenan dengan design yang macam ni, nampak lain sikit.


Rumah Pajam : Kabinet Dapur Intech Kitchen.

Milamine board yang ada di situ. Pilihlah mana satu yang berkenan...


Rumah Pajam : Kabinet Dapur Intech Kitchen.

Nak bawa balik pun boleh. Jasper suruh rendam dalam air lagi untuk test kualiti milamine board tu.



Rumah Pajam : Kabinet Dapur Intech Kitchen.

Wardrobe yang ada di situ.

Yang bestnya Amy boleh pilih pintu milamine ke, pintu 3G ke atau pintu 4G. Rumah KL Amy ambik melamine sebab tu aje yang murah tapi untuk ramah Pajam ni kami pilih pintu 4G setelah buat perbandingan harga dengan dapur KL tu.
Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Tiga minggu dah sekolah bermula tapi baru semalam baru nak pergi mencari baju untuk unit beruniform Nasiim. Kalau satu jenis aje tak pe jugak ni 2. Satu yang macam kemeja kaler putih tu satu lagi baju t-shirt yang merah.

Nasib baik kena beli untuk anak seorang aje kalau semua, nanggis. Nak pinjam Faris punya, Faris pun masih pakai lagi baju dia lagi pun baju Faris besar Nasiim ni kecik aje orangnya. 


baju bulan sabit merah malaysia

Amy tak ingat dah nama sekarang ni, BSMM ke apa nama baru PBSM tu. Punyalah banyak nak kena beli sampai RM180 lebih seorang. Nasib baik duit dalam beg tu ngam-gam aje.

Dah keluar kedai barulah Nasiim teringat yang topi tak beli... adehhh. Kebetulan setiap Isnin ketiga kena pakai baju unit beruniform lengkap. Tak de topi tak lengkap lah kan tapi nasib baik sekolah beri kelonggaran bulan pertama ni boleh pakai baju PJ.

Nasiim dah bersemangat nak pakai hari ni tapi topi tak de. Amy cakap dengan dia kalau dia nak pakai jugak kalau cikgu tanya nanti cakap "mama saya tak cukup duit nak beli topilah, cikgu".... hahaha, terus tak jadi nak pakai.

Baju bulan sabit merah malaysia

Baju Faris dul butang dah siap-siap kat baju. Yang ni butang pun kena beli dah tu mahal pulak tu. Amy pulak tak kira butang tu, rasanya penjual tu kata ada 10 biji tapi bila sampai rumah ada 9 aje.


Baju Unit Beruniform Bulan Sabit Merah Malaysia

Puaslah membelek, macam mana nak pasang butang ni. Satu lubang kecik satu lubang besar. Sampai kena tengok youtube cara-cara nak pasang butang tu... adehhh.

Kalau jahit terus kan senang. Nanti nak basuh nak kena buka balik, pasang buka pasang buka lama-lama ada jugak yang hilang.
Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Rumah Pajam tu Amy dah buka langsirnya sebab takut kena habuk simen jadi dari jalan lagi dah nampak macam ada rumah setinggan aje dalam rumah tu 😂.


Rumah Pajam : Dalam Rumah Ada Rumah

Sorang satu rumah lagi .... si Irfan yang dah besar panjang tu pun ada jugak rumah dia. Dia pun main pondok-pondok sekali... Adehhh.