Serting - Melaka - Serting... Hotel Hatten.


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Baru hari ni dapat meng'up date' blog ni... dah dah abis cuti sekolah baru nak bercuti punya pasal hehehe. 


Minggu lepas Amy balik kampung.. kononnya 3 hari kat kampung Amy pastu balik Melaka kampung en Hubby tapi lain yang dirancang lain pulak yg jadinya. Dah sampai Serting, nenek Amy baru bagitau yg dia nak buat Yaasin hari Jumaat. Kebetulan pulak hari Khamis cuti Maulidur Rasul dan Jumaat cuti Krismas, kedai yang selalu nenek Amy order makanan cutilah pulak + rumah tak de sapa nak kemas = tukar plan balik Melaka satu mlm pastu balik Serting balik...

premier junior suite

Amy book hotel kat Melaka sebelum balik Serting... sebenarnya keluarga en Hubby dah rancang nak berkumpul kat Melaka. Kalau dah ramai-ramai tu manalah muat rumah jadi kami pun carilah hotel. Dah saat-saat akhir punya pasal manalah ada hotel kan nak pulak cuti sekolah sekarang ni.
Dapat Hatten Hotel .... yang tinggal Premier Junior Suite yang tinggal satu bilik. 2-3 tahun yang lepas Amy dapat Duluxe Suite dengan harga yang sama dengan Premier Junior Suite yang Amy book kali ni.

premier junior suite

 Check in kat tingkat 12 Premier Lounge, yang best kat sini ada free flow of coffee and tea. Kebetulan perut pun dah lapar... ada goreng keledek, karipap, fish fillet, muffin .... minum petang yang mengenyangkan.

premier junior suite

Junior kecik sikit dari Duluxe... Amy minta twin beds. Share satu katil 2 orang. 


premier junior suite

Toilet yang ada 2 pintu...



Complimentary Drink... 

premier junior suite



premier junior suite

Budak main pintu...

premier junior suite

Ada weighing scale ... penimbang yang menguruskan Amy 10 kg.

premier junior suite

Pemandangan dari bilik...

premier junior suite

Complimentary fruit...

Dah siap-siap nak keluar tiba-tiba ada orang tekan loceng... rupanya dia hantar buah. Pelik jugak mula-mula tapi bila diorang kata comlimentary barulah berani nak ambik. Manalah tau kot salah bilik kan... 

premier junior suite


Masa check in dapat kupon welcome drink at Alto Sky Lounge tingkat 22. Amy ingatkan kupon breakfast bila belek-belek balik baru perasan kami ada setengah jam aje lagi untuk kupon tu. Dapatlah Fruit punch drink untuk 2 orang... jadilah.

premier junior suite

Kimchi an Seaweed popcorn.

Banyak tempat yang menarik dekat-dekat ngan Hatten ni tapi kami malas nak berjalan kaki sudahnya kami ke Mahkota Parade aje. 


premier junior suite

Bilik 1970.. 

Rancangan bercuti kat Melaka semuanya dibatalkan. Saudara mara pun tak sempat nak jumpa ... 

premier junior suite

 Check out kat Premier lounge kejap aje tapi punyalah ramai orang yang menunggu nak turun. Lif ada 10 tapi Amy kena tunggu dekat setengah jam baru dapat lif.

Dah sampai Serting, kawan Amy whatsapp katanya dia pun check in dan check out Hatten Hotel sama dengan kami. Kami tingkat 19 dia tingkat 18. Kami breakfast kat tingkat 22 dia kat tingkat 11. Kami singgah Klebang, dia lalu aje. 

Dah 15 tahun kami tak jumpa, walaupun dah duduk tingkat atas bawah ..... mungkin lain kali, in shaa allah. 

Comments

  1. Selesa jgk hotelnya ye sis..
    Lama sggh x ke melaka..
    Rindunya..

    ReplyDelete

Post a Comment

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)