Cuci Mata Kat SSF Cheras...

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

** Nama pun cuci mata mestilah banyak gambar hehe**

Pagi tadi lepas hantar anak-anak kelas Tae Kwan Do kat sekolah Amy pun ajak En Hubby gi SSF Cheras. Dah bertahun dah SSF tu kat situ tapi Amy tak pernah pergi lagi. Kalau drive pun tak sampai 10 minit dah sampai klu bulatan nak gi HUKM tu tak sesak.

Lagi satu kalau nak gi tempat yg penuh barang mahal ni tak leh bawa budak bertiga tu kang ada pulak yg buat macam rumah sendiri pulak.


Pekerja dia tgh buka pintu no 2 pulak...

Kitaorang sampai gam-gam pukul 10:30 pagi, naik lif gi level 3 sekali pintu lif terbuka tapi tak leh nak keluar jadi kenalah turun balik. Nasib baik kami keluar aje dari lif ada seorang pekerja SSF, kitaprang pun naik sekali lagi ngan dia. Sampai level 3 pintu lif terbuka dia pun bukalah pintu SSF tu ... kiranya kitaorang lah pelangan pertama hehehe.



Sementara tunggu dia buka pintu kita ambik gambar tipun kat luar ni dulu.




Pemandangan sebaik aje pintu di buka.


Berkenan betul dgn idea ni. Tapi kan klu letak kat balkoni tu buatnya pulak angin kuat ... gerenti kejap aje pecah mentol tu. 



Suka juga dgn yang ni tapi harganya.... 





Amy cakap ngan En Hubby lain kali Amy nak beli bunga ni gantung kat luar tu. Nampak macam pokok betul ... cantik pulak tak payah Amy nak siram hari hari :)




Cantiknya sofa ni... harga pun cantik jugak..



Amy suka tp En Hubby tak berkenan.



Yang macam ni pun Amy suka ... 



Paling suka yang ni tapi En Hubby tak berkenan jugak. Bukan nak minta belikan pun dapat tengok pun jadilah. Tak tergamak nak minta oiii.


Kalau letak kat pintu ... selesa sikit En Hubby nak pakai stoking pagi-pagi buta tu. Tapi kan harga pulak yg tak selesa ... huhuhu.



Yang ni kalau dapat kat budak bertiga tu mesti kejap buka kejap tutup drower tu. 


Yang ni pun Amy suka juga .. 
Amy aje yang suka sofa kat sini, En Hubby lebih suka yang kat Ikea tu. Ikea tu Amy suka tapi kat sini pun suka jugak heheh. "Materialistik" kah aku?


Lain kali Amy nak beli yang ni... mesti anak Amy kejap-kejap minum.


Kek ngan roti nampak betul dan lembut. 



Langsir pun banyak.


Lagi satu barang yg Amy suka tp En Hubby tak minat .



Yang ni pun kalau buat tempat pakai stoking ok jugak. Boleh letak barang lagi dalam dia.






Cantik ... harga pun cantik.




Sticker..


Cermin Sticker...


Yang ni cermin betul tau ... Amy suka yg ni tapi nampak sarat sikit.









Cermin + Jam.









Karpet pun ada.




Bahagian ni ada Amy tak minat so tak masuk. 







Harga basikal ni dah macam harga basikal yang mahal tu.





Sedap bunyi dia tapi yang paling panjang tu bunyi dia sebiji mcm bunyi kat Ch**ch tu.

Kejap aje dah pukul 11lebih  Amy tak beli apa-apa pun hanya sempat daftar member aje. Bulan ni ada sale sampai 28 kalau tak silap Amy.



Comments

  1. mmg tmpat feberet ni..
    slalu jgk cuci2 mata kt ssf Kuantan...
    xpelah cuci mata smbil berangan.. hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)