hilmirdadaud.blogspot.my

Image Slider

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...



Bila dah siap susun semua masuk dalam ruang masing-masing rasa macam kosong pulak dapur aku tu. Bila nampak kosong tangan tu mulalah gatal. Puas google sana google sini, cuci mata kat group-group FB last-lastnya kat Pinterest jugak yang berkenan.


Mula-mula letak frem ni aje kat situ tapi masih lagi rasa macam kosong. Kebetulan ada frem ikea yang lebih Amy lekatkan kat situ, gambar tu print aje dari Printerest. 

Kenapa Kopi?

Yelah ... kan kat situ tempat nak bancuh air lagipun Amy dan En Hubby memang hantu kopi. Teh yang ada kat rumah ni guna bila ada tetamu yang datang aje. Bukan semua orang minum kopi kan.




Masa mengemas kat yard tu jumpa pulak 2 keping papan untuk para. Dia punya kaki (apa ntah nama dia yg lekat kat dinding tu) pun ada 2 design, satu set kayu dan satu set besi. Ni kes dulu-dulu beli tak pasang pastu lupa.


Guna satu papan aje. Sudut antara kabinet ni agak susah sikit nak dril, macam nak terkehel aje leher lastnya En hubby drill kaki dia aje ke dinding. Tu pun satu aje, kalau 2 rasa macam semak pulak.

Papan tu sepatutnya kena drill ke kaki dia, tapi macam susah pulak + nak senang kerja, Amy tampal Patafix aje kat tepi dan antara kaki dan papan.

Tengok dekat-dekat boleh nampak patafix tu.



Yang ni pulak Amy lekatkan kat dinding sebelah oven sebab kat situ pun nampak kosong jugak.

Mana yang Amy boleh lekat guna patafix tu Amy lekat lagipun dia boleh tahan sampai 3kg. Kalau nak drill kena tunggu en hubby free pastu nanti nak kemas habuk, bising lagi... emmmm tak payah.



Ni lah sudut kopi/bancuh air.

Amy letak Milo dan gula kat situ supaya senang anak-anak nak capai.

Hantu kopi punya pasal sampai sanggup beli mesin kopi. Mesin kopi ni Amy beli masa Homedex kat KLCC awal tahun ni. Kebetulan harga dia murah banyak dari Harvey Norman + 12 bulan ansuran tanpa faedah jadi kami pun tangkaplah satu.

Inilah satu-satunya gajet dalam dapur ni yang 'in charge' nya En Hubby. Dah boleh jadi Barista dah husband aku tu 😂, Amy tukang order aje. Malas nak layan... banyak cerita nak buat kopi tu.





Dulu Amy letak bekas-bekas bawang tu kat atas water filter, tempat pisau kat tepi sinki bila nak pakai capai aje. Tapi skang tempat tu dah sempit jadi kenalah letak kat tempat lain.


Sebenarnya Amy berkenan dengan troli yang lain, lagi cantik .... lagi mahal tapi tak sampai hati nak minta kat En Hubby. Habis duit tabung dia aku beli KC ... jadi kenalah agak-agak sikit bila nak minta tu, heheh.

Troli ni RM2++ kat Ikea tu. Alhamdulillah gam-gam aje dia duduk kat situ, kalau yang Amy berkenan tu mesti tak muat sebab dia lagi panjang. Jadi bolehlah letak bakul bawang, kentang, tudung salji kocik, blender kat bawah tu, cerek air dan bekas untuk wayar periuk nasi dan wayar cerek air.

Bakul bawang tu Amy beli kat JJ RM3 lebih satu.

Atas dia tempat Amy buat kopek bawang, potong cili ke. Senang semua kat situ. Bila dah ada ayam, ikan dan sayur tak boleh dah nak buat kerja-kerja tu kat tepi singki.

Pintu kabinet yang hujung tu memang jarang buka. Kat situ Amy letak cawan dan gelas yang jarang guna. Pintu yang boleh buka tu letak yang selalu guna.




decor penyeri dapur

Tengah viral skang ni wall sticker ni. Ada jugak yang lekat wallpaper design macam ni kat KC diorang. Wallpaper tu tak de pulak kat Kaison MyTown. Jumpa wall sticker (RM5.50) ni aje kat MR DIY.

Kononnya nak lekat kat tiles dapur tu tapi bila nak try lekat kecik sangat pulak sticker tu dari tile + nampak semak dapur aku. Terus tak jadi lekat. 
Nanti bawa balik Pajam lekat kat toilet kot.

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera...

Sekarang ni kat sini boleh dikatakan setiap petang hujan kadang-kadang lepas zohor aje dah turun mencurah-curah. Kalau keluar rumah mesti bawa payung, kang tak pasal-pasal mandi hujan pulak.


rain rain go away

Rain, rain go away ... come again another day. 

Dapat payung ni dapat masa beli printer tahun lepas. Budak-budak yang pakai macam comel aje tapi kalau Amy yang pakai rasa macam tak kena pulak kan.


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera ...

Tengah hari tadi dating lagi dengan En hubby kat Pasar Seni, banyak aje kedai makan berhampiran Dayabumi tapi kat Pasar Seni tu ada banyak pilihan dan dekat.

central market kuala lumpur

Hari ni makan Bakso aje ... alhamdulillah sedap dan kenyang.

Cantik pulak pemandangan dari tinggap ni dan tingkap kayu ni buat Amy terkenang rumah kampung kayu Amy yang dulu. 

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Seminggu kemudian orang tabletop datang lagi bawa tabletop yang dah siap berlubang. 

Kalau tabletop yang dulu lagi panjang dari yang sekarang tapi boleh bawa masuk dalam lif sebab masa tu pendek-pendek dah bila nak pasang mereka polish sampai tak nampak kesan sambung tu.

Kabinet Dapur

Tapi tabletop kali ni(quartz) tak boleh nak bawa pendek-pendek sebab walaupun dah polish tetap nampak sambungan. Kalau rumah yang tak pakai lif tu tak de masalah sebab dia bawa sekali panjang tak de potong-potong.

Signature kitchen Kuala lumpur

Rumah Amy kena guna lift, tak sanggup doh diorang nak panjat tangga 15 tingkat. Tabletop tu lebih dari 10 kaki jadi memang tak muat jadi kenalah potong sikit. 


Signature kitchen Kuala lumpur

Ruang bawah singki. Belakang tu memang tak tutup. 


Signature kitchen Kuala lumpur

Installer ni lotak aje dulu sinki, dapur dan oven tu dulu. Nanti orang lain pulak datang untuk siapkan kerja-kerja yang selebihnya.

Signature kitchen Kuala lumpur

Bila dah siap kitchen kabinetnya pening kepala pulak nak masukkan pinggan mangkuk. Dulu kat tempat lain skang dah tempat lain. 2-3 hari baru siap masukkan semua.

Tapi kan kenapa ek walaupun ruang dah lebih banyak tapi masih rasa macam tak cukup. Kalau dulu satu ruang campur-campur tapi sekarang kalau boleh satu ruang satu fungsi aje. Tu lah pasal tak cukup-cukup.



Signature kitchen Kuala lumpur

Yeayyyy dah siap kemas.
Ruang atas countertop tu dah pendek sikit berbanding dulu sebab dah letak oven. Dah 4-5 tahun beli baru sekarang oven tu ada baju. Kesian oven den.

Tempat sangkut-sangkut tu pakai aje yang lama tapi tempat pinggan tu kena beli yang lain sebab yang lama punya tak muat nak letak kat situ.

signature kitchen kuala lumpur

Nampaknya tema hitam putih ajelah dapur Amy. Kalau boleh nak letak kain yang kat lantai tu... lupalah nama dia, nak kaler hitam putih tapi kain yang ada tu pun ada 5-6 helai jadi jangan membazir pakai ajelah apa yang ada tu... kan.

signature kitchen kuala lumpur


Kaler dinding dan kaler kabinet memang memainkan peranan kan. Sebelum ni nampak malap dan kocik tapi sekarang nampak lapang dan boleh bernafas dah Amy kat situ.

Dapur Amy ni kabinet aje yang baru... eh singki, dapur dan hood pun baru 😅 tapi singki, kepala paip dan hood tu pakej, Amy tambah RM30 dari harga kabinet.

Barang-barang yang lain lama punya.

Pinggan mangkuk, blender, periuk, cerek air Amy beli masa Nasiim baby lagi, sebelum beli rumah KL ni. Yang lain beli sikit-sikit bila dah masuk rumah ni. Tak mampu nak beli sekali gus...heheh.

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Kitchen cabinet yang baru sampai satu minggu selepas kitchen cabinet yang lama dibuka dan dinding dapur dicat. Nasib baik lori yang sampai tu kocik jadi bolehlah dia masuk basement sampai depan pintu lif. 
Drive tu kata hari tu lori yang dia biasa bawa (signature kitchen) tak ada kalau tak ... puas nak menghangkut dari loading bay yang kat luar tu nak ke lif.

buat dapur signature kitchen

signature kitchen kuala lumpur

Hari tu mereka hantar barang aje dulu. 

signature kitchen kuala lumpur

Banyak jugak bendanya, nasib baik muat dapur tu kalau tak Amy pun tak tau nak sumbat mana. Kat luar memang tak bolehlah memang kena komplain jawabnya.




signature kitchen kuala lumpur

Keesokkan harinya barulah kerja-kerja pemasangan tu dibuat.  


signature kitchen kuala lumpur

Diorang keluarkan balik dan pasang dekat luar.



signature kitchen kuala lumpur

Ada 3 orang pada mulanya tapi bila dah sekerat jalan tinggal 2 orang aje.


signature kitchen kuala lumpur

Diorang buat kerja memang pantas. Sampai pukul 10 lebih pukul 1 dah siap dah. Tapi worktop tak delah lagi. Dah siap pasang diorang kemas luar dalam.

signature kitchen kuala lumpur

Tadaaaa dah siap dah.


signature kitchen kuala lumpur

Kotak-kotak diorang kumpul kat situ nanti orang lori akan datang ambik.




signature kitchen kuala lumpur

Keesokkan harinya orang table top datang ambik ukuran. Dapurnya masih belum sampai lagi.

Sebelum ni ingat nak pakai balik dapur yang lama tu, lama dah dapur tu dekat 13 tahun pakai. Rupanya dapur tu kat bawahnya ada bahagian yang dah berkarat tapi sikit ajelah mungkin sebab selalu kena air sebelum ni.

Fikir-punya fikir tak jadi pakai dapur tu balik. Buatnya dah pasang lepas tu 1-2 tahun dia terbarai macam mana? Tak kan nak buat table top baru kot sebab bukan semua dapur saiznya sama. Jadi kenalah beli dapur baru.

Mencari dapur pun berhari-hari.
1. Dulu harga RM500 tu pun dah mahal sekarang RM500 tu dah murah dah.
2. Nak api macam dapur yang lama, apinya macam Harricane berpusing-pusing. Jimat gas, 3 bulan baru habis gas.

3. Nak yang 2 dapur aje tak nak lebih.
4. Teringin jugak yang stainless steel tapi nanti kalau ada calar dah tak cantik.
5. Yang kaca pulak kena cari yang tahan panas.

Tahun lepas wife kepada opismate En Hubby cerita dia tengah masak tiba-tiba dapur dia pecah berderai nasib baik dia tak cedera. Jadi memang kena fikir banyak sebelum beli dapur ni. Dapur sekarang memang dah tak handal macam dapur dulu agaknya.

Dapur Amy yang lama tu lepas masak aje Amy terus bersihkan dia ... pakai kain basah lagi boleh aje bertahan 13 tahun. Amy lap-lap aje bukan mandikan dia pun... heheh.


signature kitchen kuala lumpur

Keluar masuk kedai lastnya kami pergi Seng Heng. Ingatkan beli hari tu boleh terus dapat rupanya tak... hampeh betul. Nasib baik diorang bagi ukuran dulu untuk orang tabletop.

signature kitchen kuala lumpur

Elok aje orang tabletop tu balik orang Seng Heng pun sampai. Nasib baik ukuran yang dibuat betul tak besar sangat tak kecik sangat.


signature kitchen n teka

Amy tengok kan orang lori yang hantar barang tu masa dia hantar dia ambik gambar barang dah susun dalam dapur, masa dia datang sekali lagi ambik sampah kotak tu pun dia ambik gambar sampah tu  jugak. 

Orang Seng Heng tu pun ambik gambar dapur tu dah terletak atas kitchen kabinet... agaknya sekarang memang macam tu kan. Bila tanya orang lori tu dia kata gambar tu sebagai bukti diorang buat kerja la.


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...



Dalam banyak-banyak kerja kat rumah ni lipat bajulah yang paling malas Amy nak buat. Hadoiii dah tahap menyampah dah. Tiap-tiap hari kena lipat, miss satu hari aje dari bukit jadi gunung. 

Kena pulak kalau balik kampung, baju yang kumpul 3-4 hari tak basuh tu .... huhhhh tu yang jadi kes aku tengok ko aku pun lelap tu 😅. 

En Hubby kata gantung aje semua atau nak senang lagi sediakan sorang satu bakul dan masukkan baju-baju tu dalam bakul tuannya, hamboiii nampak benar pemalasnya Aku kalau buat macam tu kan.


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Perkongsian jawapan Ustaz Mohd Zamri untuk soalan dari ahli group WhatsApp.



Haram bagi wanita yang menghilangkan atau mencukur bulu kening. Rasulullah SAW mengutuk orang yang mencukur bulu keningnya dan orang yang diupah untuk mencukur bulu kening wanita. Para ulama menyatakan bahawa hadis tersebut adalah berkenaan dengan orang yang mencukur bulu kening bagi wanita. Larangan ini termasuklah membentuk bulu kening, memcabut untuk mecantikkan bulu kening dan mencukur adalah perbuatan yang dilarang dan haram apabila melakukannya. 

Ulama Islam bersepakat bahawa mengubah ciptaan Allah dengan tanpa sebarang tujuan adalah haram.

Kesimpulannya, untuk merubah sesuatu perkara yang ada pada tubuh badan kita, termasuklah melukis kening tanpa mencukurnya adalah dilarang dalam Islam.
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Hujung Syawal selepas Eh Hubby balik dari China barulah boleh start kerja-kerja dapur tu tapi sebelum tu Amy kena buat permit dulu, sepatutnya permit biasa aje yang kena bayar deposit RM1k tu tapi disebabkan ada buat paip sikit terus kena buat permit renovation deposit RM1500. Hampeh betul.


Tak sangka rupa-rupanya selama ini barang yang ada kat dapur tu lagi banyak dari barang yang ada di ruang yang lain. Puas Amy menghangkutnya keluar. 

Magic kan dapur kita... heheh.


Sorang aje yang datang membuka kabinet dapur tu rupanya ingatkan ramai.


Bila dah siap buka driver lori pulak datang. Pun sama jugak dia dan driver lori tu aje yang menghangkutnya.




Inilah rupanya bila kabinet tu dah tak ada. 

Selama ni lipas-lipas tu bermaharajalela buat rumah kat belakang kabinet tu. Hampeh punya lipas, sesuka hati aje kan buat rumah haram kat situ. Yang hitam-hitam tu kesan peninggalan dialah.


Dialah tukang bukak kabinet, dialah plumber dan dialah elektrician. 

Sebelum ni paip tu keluar dari dinding sekang buat dia dari bawah pulak. 


Bila dah selesai semua ni startlah kerja untuk Amy pulak. Kalau bukan Amy sapa lagi kan... huhuhu. Sebelum cat kenalah bersihkan dinding tu dulu. Gigih den menyental tahi-tahi lipas tu. Geram aku dengan lipas-lipas tu.


Tadaaaaa ... bersih dah. Dengan bangganya Amy ambik gambar dan hantar pada En Hubby ... betapa 'terernya' wife dia. Hahaha. En hubby pun bila wife dia dah bagi report yang macam ni kenalah puji wife dia kaaaannn. 

Ialahkan kalau tak masuk bakul angkat sendiri sapa yang nak angkatkan... betul tak?.


Keesokkan harinya pulak sambung mengecat. Suruh En Hubby beli cat asas yang kocik tapi yang bosar aje ada kat kedai masa tu. Bila balik rumah belek-belek rupanya bukan cat asas tapi cat cantik.
Emmmm .... Lantaklah ko Labu.

Amy rancang cat asas tu untuk tutup balik cat yang lama tu pastu dinding tu nak cat kaler Putih Grey tapi nampaknya putih ajelah.

Beli cat tapi lupa beli masking tape, yang lama punya tak cukup jadi ada dinding yang tak ada tape tu. Lantaklah. Memang comotlah tempat yang tak bertampal tu. Ingatkan kaler tu sama dengan kaler syiling tapi tak. Syiling pun comot jugak. Biarlah comot Amy tak sanggup nak cat syiling mau 'teleng' seminggu kepala den.


Dah Siap....

Inilah hasilnya setelah setengah hari mengadap dinding dapur tu. Disebabkan cat tu banyak jadi bolehlah buat 2-3 lapisan, terus hilang tanda-tanda kewujudan kaler sebelum tu.

Kontraktor yang datang tu nak catkan sekali tapi faham-faham ajelah.... duit lagi tu. Kalau setakat 20-30 hinggit tu tak pelah jugak. baik aku cat sendiri.

Bila Amy cakap Amy nak cat sendiri diorang buat muka macam tak percaya pulak. Apa ingat orang perempuan tak boleh mengecat ke. Nak tahap profesional tu tak mampulah Amy, setakat nak cat rumah sendiri bolehlah... cantik ke tidak rumah aku bukan rumah orang. Aku yang tengok tetiap hari. Kalau tak lawa padan muka sendiri.



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Perkongsian dari group WhatsApp yang Amy 'kopipes'kan kan sini.    Amy kopi jawapan Ustaz Mohd Zamri aje ... lupa pulak nak kopi sekali soalannya. Amy rasa soalannya ialah memberi salam bila nak masuk yang kosong kot.

Inilah jawapannya...

Kita diperintahkan mengucapkan salam pada rumah yang akan kita masuki sebagaimana disebutkan dalam ayat,

فَإِذَا دَخَلْتُمْ بُيُوتًا فَسَلِّمُوا عَلَى أَنْفُسِكُمْ تَحِيَّةً مِنْ عِنْدِ اللَّهِ مُبَارَكَةً طَيِّبَةً

“Maka apabila kamu memasuki (suatu rumah dari) rumah- rumah (ini) hendaklah kamu memberi salam kepada (penghuninya yang berarti memberi salam) kepada dirimu sendiri, salam yang ditetapkan dari sisi Allah, yang diberi berkat lagi baik.” (QS. An Nur: 61).

Sedangkan mengucapkan salam pada rumah yang tidak berpenghuni atau tidak ada seorang pun di rumah tersebut tidaklah wajib, namun hanya disunnahkan saja.

Ibnu ‘Umar radhiyallahu ‘anhuma berkata,

إذا دخل البيت غير المسكون، فليقل: السلام علينا، وعلى عباد الله الصالحين

“Jika seseorang masuk rumah yang tidak didiami, maka ucapkanlah “Assalamu ‘alainaa wa ‘alaa ‘ibadillahish sholihiin (salam bagi diri kami dan salam bagi hamba Allah yang sholeh)” (Diriwayatkan oleh Bukhari dalam Adabul Mufrod 806/ 1055. Sanad hadits ini hasan sebagaimana dikatakan oleh Al Hafizh Ibnu Hajar dalam Al Fath, 11: 17).

Imam Nawawi rahimahullah dalam kitab Al Adzkar berkata, “Disunnahkan bila seseorang memasuki rumah sendiri untuk mengucapkan salam meskipun tidak ada penghuninya. Yaitu ucapkanlah “Assalamu ‘alainaa wa ‘alaa ‘ibadillahish sholihiin”. Begitu pula ketika memasuki masjid, rumah orang lain yang kosong, disunnahkan pula mengucapkan salam yang salam “Assalamu ‘alainaa wa ‘alaa ‘ibadillahish sholihiin. Assalamu ‘alaikum ahlal bait wa rahmatullah wa barakatuh”. (Al Adzkar, hal. 468-469).

Boleh juga membaca surah Baqarah. Rumah yang dibaca surah baqarah tidak akan dimasuki syaitan.
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Masa beli rumah ni dulu memang dah siap-siap dengan kabinet dapur sekali. Dekat 8 tahun guna habis-habisan akhirnya sampai dah nak roboh dah kabinet tu. Bawah sinki tu memang dah terkopak dah, reput. Sinki bocor dan dah jadi sarang lipas. Sejak kebelakangan ni aktiviti 'lipas hunting' tu memang biasa kat rumah kami... heheh.



Masa Homedec tu sempat jugaklah gi 'survey' kitchen kabinet. Kalau boleh nak cari yang baik sikit supaya boleh tahan lama. Amy rasa dapurlah tempat yang paling 'ganas' sekali kat dalam rumah Amy ni. Macam-macam aktiviti ada kat situ, hilang sifat perempuan melayu terakhir den...😆.


Selain Homedec ni Amy ada jugak gi tengok kat Ikea, bila buat perbandingan harga lebih kurang aje. Kabinet yang sedia ada tu pun kena fikirkan jugak, sapa nak buka dan buang dia. Bukan boleh buang sesuka hati kat tempat sampah rumah Amy ni.


Bila tanya Signature Kitchen diorang kata diorang boleh buka dan buangkan kabinet yang lama tu. Kami pun apa lagi mintalah diorang datang ukur dan bagi quotation.

Mula-mula ingatkan nak ganti kabinet yang nak runtuh tu tapi minta juga harga untuk kabinet yang satu lagi. 


Lama jugak kami ambik masa nak fikir dekat sebulan jugak. Takut tengok harga dia. 

Fikir punya fikir akhirnya jadi. Tak nak lagi jadi macam kabinet yang dulu tu baru 7-8 tahun dah K.O. MIL Amy punya kabinet dapur dekat 20 tahun O.K aje lagi. 




Bulan puasa tu barulah kami pergi opis Signature Kitchen kat Kota Kemuning. Jauh dari rumah Amy tauuuu.


Amy tak boleh nak bayangkan kalau tengok gambar jadi kenalah tengok dengan mata sendiri rupa dan kaler sebenarnya.

signature kitchen

Bila mama dan ayahnya berborak, anak-anaknya tak lepas peluang mengadapa ipad ayahnya.

Walaupun duit tabung En hubby dah ditahap kritikal tapi nak buat macam mana, terpaksalah. Harap-harap kabinet dapur yang ini dapat bertahan macam kitchen cabinet MIL Amy tu.