Tip Kurus : Low Vs High Glycemix Index

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

Hari ni Amy kongsikan pula tentang glycemix Index. Selalu dengar  ulasan dari pakar nutrisi tentang kebaikan makanan mengandungi G.I (Glycemix Index) rendah, tapi apakah G.I ini dan apakah kebaikannya kepada kita?

tip kurus


G.I ialah ukuran bagi makanan yang mengandungi karbohidrat dan impaknya terhadap gula darah kita.

"Semakin rendah nilai G.I, maka semakin lambat makanan itu dicerna atau diserap. Ini kerana pemecahan dan pembebasan glukosa adalah secara berperingkat-peringkat"


tip kurus


G.I rendah adalah amat penting dan sangat membantu dalam program penurunan berat badan. Ini kerana serapan yang berperingkat tadi mampu membuatkan seseorang individu tadi lambat berasa lapar, sekaligus dapat mengawal selera makan.

Rujukan nilai Glycemic Index adalah 100, pengkelasannya begini:

1) G.I TINGGI ukuran indek melebihi 70
2) G.I SEDERHANA ukuran indek antara 55 - 70
3) G.I RENDAH ukuran indek bawah 55

tip kurus

Kandungan G.I bergantung kepada jenis kandungan kanji, lemak, protein, asid organik atau garam dalam sesebuah makanan.
Apa kebaikan jika kita mengambil makanan yang kandungan Glycemic Index nya rendah?

1) Perut akan tahan kenyang lebih lama
2) Dapat mengelakkan diri dari mengantuk. Ini kerana G.I rendah akan mengekalkan lebih lama tenaga pada tubuh.
3) Membantu menstabilkan paras gula dalam tubuh
4) Membantu mengurangkan kolesterol
5) Dapat mengurangkan berat badan secara konsisten.

Jom amalkan gaya hidup sihat aktif dan seimbang bermula hari ini juga sebagai langkah ikhtiar serta TANGGUNGJAWAB kita menjaga AMANAH tubuh badan kurniaan Allah ini.

Comments

Post a Comment

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)