Cerita Semalam - Takoyaki, Taiyaki.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...


Lamanya tak up date blog tetiba rasa rindu pulak, tuannya beraya blog pun cuti beraya jugak.... 😅. Bila lama tak up date ni mulalah banyak cerita basi tapi hari ni Amy mulakan dengan cerita semalam dulu sambil dengar lagu lama Kopratasa - Permata untuk Isteri, heheh.

Semalam sempat ajak Eh Hubby jalan-jalan Pavilion sekejap sebelum dia pergi out station, dah lama sangat tak ke sana. Kami pergi kejap aje pukul 12 dah kena balik sebab en hubby punya flight pukul 6 petang dengan nak tunggu Grabnya, nak kejar ERLnya, nak tukar duit lagi nanti jadi pulak macam cerita nak pergi Labuan dulu... terlepas kapal terbang, naya.

Takoyaki Pavilion KL

Kami jalan cuci mata aje tak masuk banyak kedai pun. Sempat jugak menyinggah kedai Takoyaki, selalu lalu aje tapi semalam teringin pulak nak cuba. Agak mahal jugak harganya kalau dibandingkan dengan Tako yang kat JJ dan Tesco tu.

 Ambik gambar no tipun tu manalah tau kalau sedap bolehlah order.


Takoyaki Pavilion KL

Memula ingat nak beli 8 ketul aje tapi kami ni berlima rasa terkulat kulat pulak kalau sorang satu lastnya En Hubby belikan yang 16pcs tu.

Takoyaki Pavilion KL

Faris dan Nasiim tengah tengok orang tu buat tako.

Takoyaki Pavilion KL

Tadaaaa .... inilah tako yang kami beli tu. Satu original satu cheese.

Rasa memang lain dari yang kat JJ dan Tesco tu, sotongnya pun besar tapi Amy tak berapa sangat yang original tu sebab ada rasa halia.

Taiyakii Pavilion KL

Taiyaki ni pun ada jual dekat situ. Amy suka Taiyaki kacang merah, anak-anak suka yang coklat. Sedap. 

Kami tapau aje tapi sampai rumah tako tu dah sejuk. Sempat jugaklah kami makan tengahhari sebelum sampai rumah. En hubby pun sempat jugaklah solat dulu kat rumah sebelum pergi.


Comments

  1. argghh akak.. busyra suka takoooo.. hehe

    ReplyDelete
  2. ya ampunnnnnnnnn sedap nyer....

    ReplyDelete
  3. Siqah suka takoyaki. biasa beli kat JJ je. Hihi

    ReplyDelete
  4. sedapnya nengok tako yg berderet2 tuh/... taiyaki tu tak penah rasa... tgk mcm baulu hehehhe

    ReplyDelete
  5. xpenah rs lg taiyaki tu...nmpk mcm sedap

    ReplyDelete

Post a Comment

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)