hilmirdadaud.blogspot.my

Rumah Pajam : Wiring Yang Problem...

| On
August 10, 2017
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Lama dah kami beli air cond, masa Homedec hujung bulan 4 dulu tapi bulan puasa baru nak pasang. Raya dah lama habis baru nak cerita... cerita basilah ni.

Rumah Pajam tu kalau tak letak air cond nanti terjulur aje benda hitam tu keluar dari dinding ... macam tak semengah aje rupanya.

 kebetulan masa Homedec tu ada promosi jadi kami pun belilah tapi tak delah beli untuk semua point yang terjulur keluar tu ... pengsan En hubby nak membayarnya. Yang 4 ketul ni pun rasa macam nak pengsan 10 kali ini kan pulak 8 ketul 😱.

 Air Cond - Wiring Rumah Yang Problem.


Lama jugaklah diorang pasang dari pukul 3 lebih sampai lepas buka tapi malangnya air cond yang kat ruang tamu tu on aje tak sampai 10 minit lepas tu 'trip'. Pasang lagi pun sama jugak. 5-6 kali jugaklah jadi macam tu. Memula ingatkan installer pasang tak betul  tapi tak. Mungkin air cond tu yang ada problem. 


 Air Cond - Wiring Rumah Yang Problem.

Seminggu lepas raya orang daripada York pun datang.

 Air Cond - Wiring Rumah Yang Problem.

Lepas cek sana cek sini rupanya bukan air cond tu yang problem tapi wiring point tu yang problem .... cis, ingatkan dah setel dah masalah rumah ni tapi tak jugak.

Jadi selagi masalah wiring point air cond tu tak dibetulkan selagi tulah tak boleh guna air cond. 

Sampai sekarang belum selesai lagi masalah air cond tu. Tengah menunggu developer cek balik wayar-wayar kat rumah tu tapi sampai sekarang kami pakai air cond kipas aje.

Penutup longkang tu sampai sudah tak de khabar berita. 

Anak-anakku

Inilah kerja anak soleh ni kalau dah ke sana. Tak lekat dalam rumah, ada aje kerja dia.

Anak-anakku


Anak-anakku


8 comments on "Rumah Pajam : Wiring Yang Problem... "
  1. Masalah aircond ni kan, sekali dah problem selalu makan masa nak baik. pelik kan

    ReplyDelete
  2. tak pernah lagi ada masalah dengan air-cond sebab baru guna. Singgah sini jadi pembaca baru blog ni :)

    ReplyDelete
  3. rumah ada tanah, seronak la anak2 dapat main luar still dalam kawasan rumah..

    ReplyDelete
  4. mcm2 hal pulak ye kak.... yelah selagi tak di baiki tak senang ddk jadinya....

    apa kerjaannya tuh bdk 2 org tu kak... tlg deko umah ke apa

    ReplyDelete
  5. rajinnya anak bujan niiii ;-)

    bc entry ni tingat kes tipu psg aircord tu eeeee org skrg nk duit keje menipu je

    ReplyDelete
  6. Apa anak2 akak buat tu? Nak start menanam ke? Hehe

    ReplyDelete
  7. semoga dipermudahkan urusan. seronok bila rumah ada tanah macam tu, macam2 aktiviti bolhe buat tu. apa yang anak2 soleh buat tu?

    ReplyDelete
  8. aik, kesiannya sis, cuba hari2 call developer...kot2 diorang lupa agaknya, sebab terlampau banyak rumah kan (bersangka baik) hehe

    eletrik kat umah memang kena pastikan betul2, bukan apa, takut lah jadi litar pintas ke apa

    kwn saya pakai jenama aircond panasonic kalau tak silap, yg ada inverter tu, jimat elektrik katanya

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)