hilmirdadaud.blogspot.my

Dokumen Yang Perlu Untuk Memohon Visa Umrah Bersama Keluarga

| On
February 02, 2018
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera ...


Alhamdulillah syukur kepada Allah swt, kami sekeluarga akan pergi menunaikan umrah dalam bulan Februari ini. Hari ni Amy nak share tentang dokumen yang diperlukan untuk memohon Visa Umrah bersama keluarga.


Dokumen Yang Perlu Untuk Memohon Visa Umrah Bersama Keluarga

1. Passport - mestilah kena ada kan. 
Masa Amy citer pasal pergi renew passport ada yang bertanya renew passport nak pergi mana ... haaa inilah sebab utama pergi renew passport tu, heheh.


2. Gambar ukuran Visa (6cm X 4cm) berlatar belakang putih - perempuan kena pakai tudung warna hitam.
Tak dapat nak tunjuk kat sini sebab lepas ambik gambar kat kedai terus hantar kat agen. Kalau ambik gambar kat Bin Daud, lelaki kena pakai baju hitam tapi dengan UHR tak de pulak dia kata gambar kena pakai baju hitam. 


Dokumen Yang Perlu Untuk Memohon Visa Umrah Bersama Keluarga

3. Buku Suntikan Umrah-Meningitis.
Suntikkan ni kami ambik kat Klinik Kita Desa Pandan RM140 seorang, 5 orang dah RM700.Tergangga kat situ sekejap. Kena bayar tunai pulak tu nasib baik ada bank sebaris dengan klinik tu, bolehlah gi cucuk.

Dokumen Yang Perlu Untuk Memohon Visa Umrah Bersama Keluarga

4. Salinan Kad Pengenalan (mykad dan Mykid).

5. Salinan sijil nikah bagi pasangan suami isteri yang berumur dibawah 45 tahun perlu mendapatkan pengesahan dari Jabatan Agama Islam dan Jabatan Wisma Putra.

Nasib baiklah Dayabumi dengan JAWI tu tak jauh bolehlah En Hubby pergi jalan kaki. 


Dokumen Yang Perlu Untuk Memohon Visa Umrah Bersama Keluarga

 6. Anak dibawah umur 18 tahun perlu disahkan di Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Wisma Putra.


Dokumen Yang Perlu Untuk Memohon Visa Umrah Bersama Keluarga

Masa renew passport tu Amy singgah sekali kat JPN, UTC . Masa tu punyalah ramai orang nasib baik Amy tak payah ambik nombor, pergi aje kat kaunter minta diorang copkan.

Dokumen Yang Perlu Untuk Memohon Visa Umrah Bersama Keluarga

Akhir sekali ...
Salinan sijil nikah dan surat beranak yang dah disahkan tu kena disahkan sekali lagi kat Wisma Putra. Seumur hidup nilah kali pertama pergi sana. Nombor nampak macam sikit tapi punyalah lama nak tunggu giliran sampai.

Bila semuanya dah lengkap bolehlah serahkan pada agen untuk uruskan visa.


3 comments on "Dokumen Yang Perlu Untuk Memohon Visa Umrah Bersama Keluarga"
  1. Akk dulu, buat sampai sahkan sijil nikah jer, seterusnya tu minta ajen buatkan bayar RM20 seorang...hehehe

    ReplyDelete
  2. tak sangka banyak juga bende nak kena buat..

    ReplyDelete
  3. mahalnya nk cucuk je dah rm700 perghhh tmpt lain pun mcm tu jg ke byrnnya?

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)