hilmirdadaud.blogspot.my

Kursus Umrah Bersama UHR

| On
February 03, 2018
Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Lagi dua minggu nak pergi baru pagi tadi berkesempatan pergi kursus umrah. Nasib baik kursus hari ni diadakan di Masjid Al Ridhuan, Ulu Klang. Dekat sikit dengan rumah. 

Boleh aje kalau nak join kursus free yang dianjurkan oleh Tabung Haji atau agensi yang lain tapi nak tunggu jugak UHR punya. Yang bulan Januari punya tak sempat nak join jadi kenalah datang hari ni.

Kursus Umrah Bersama UHR

Ramai jugak yang sertai kursus hari ni. Kami diberi taklimat tentang penerbangan, kalau yang ke Jeddah dulu kena pakai ihram siap-siap, berat bagasi tak termasuk air zam zam, kerusi roda, tempat berkumpul dan macam-macam lagi lah.


Kursus Umrah Bersama UHR

Tengah belajar tawaf... heheh.

Untuk yang pertama kali nak pergi umrah macam Amy ni, kursus hari ni sangat banyak membantu. Dapat sikitlah 'feel' tu. 

Kami ditunjuk dan kena buat sekali tawaf. Kena buat 7 pusingan tau. Walaupun kawasan tu kecik tapi tetap letih. Saie pun 7 kali jugak ... siap dengan lampu hijau lagi.

Masa saie Nasiim dah start buat cerita. Masa tulah dia kata lapar, penat dan last sekali tak tahan nak pergi toilet. Bila tak tahan nak pergi toilet kenalah hantar. 

Kursus Umrah Bersama UHR

Sebelum selesai ustaz tunjuk cara ambil wuduk dengan menggunakan botol spray dan menjawab soalan dari jemaah-jemaah yang lain. 

Kursus Umrah hari ni best tapi kalau Ustaz Harianto ada mesti lagi best.

Sebelum balik sempat jugak Amy beli Kurma Ajwa dari UHR. Beli setengah kilo aje tu pun dah dekat RM80 ... jadilah.

Masa nak keluar masjid selipar Irfan pulak hilang... adehhh. Puas cari keliling masjid tak jumpa. Nasib baik ada selipar jepun dalam kete kalau tak berkaki ayam anak aku.

Faris tanya kat masjid pun ada pencuri jugak ke? Walaupun benda ni dah biasa terjadi tapi ia perkara baru bagi diorang.

1 comment on "Kursus Umrah Bersama UHR"
  1. alhamdulillah... kalau yg x pegi umrah nk tumpang menyibok sekali boleh x? ;-)

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)