hilmirdadaud.blogspot.my

Pil Tahan Haid Untuk Umrah...

| On
February 05, 2018
Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Masa mula-mula rancang pilih tarikh nak pergi umrah, Amy kira-kira ... Amy akan 'datang' selepas balik dari sana tapi sebulan dua ni tetiba dia tak menentu pulak.

Pil Tahan Haid Untuk Umrah...

Bila kira balik dari bulan lepas ke bulan ni kemungkinan besar akan datang tu masa hari keberangkatan kami ke Madinah. Jadi kenalah iktiar untuk lambatkan sikit kedatangan tu sehingga habis umrah.

Amy pergi Klinik Kita Desa Pandan aje klinik lain sekitar rumah Amy ni banyak klinik yang doktornya bangsa lain, lagipun Klinik Kita tu sebaris dengan Andalusia jadi mungkin ini perkara biasa bagi diorang. 

Pil Tahan Haid Untuk Umrah...
Norcutin - pil norethisterone 5mg

Amy datang pagi-pagi lagi hari tu. Amy lah orang pertama. Puas hati sebab selalu berjam kena tunggu giliran.

Doktor kata, Kalau kes yang macam Amy ni ... datang kejap awal kejap lambat selalunya diaorang cadangkan ambil pil perancang. Amy sepatutnya datang masa hari pertama datang tapi Amy pulak datang bila dah habis.

 Nak buat camner kan...

Jadi doktor tu bagi Amy pil untuk melambatkan haid/pil tahan haid.  Kena makan 2-3 hari awal dari tarikh jangkaan datang. 

Tapi sebelum Amy diberi pil ni Amy kena soal siasat dulu dengan doktor sebab sebelum ni Amy ada lump (yang sakit). Kalau ada kanser memang tak boleh ambil tapi untuk kes Amy ni (setelah 2 kali untrasound) lump tu tak merbahaya dan doktor pakar yang buat ultrasound tu kata boleh ambik pil tahan haid.

MIL yang dah banyak kali pergi umrah pesan kena banyak-banyak berdoa dan tawakal. Katanya ada juga kes yang dah ambik pil tapi masih juga datang
1 comment on "Pil Tahan Haid Untuk Umrah..."
  1. kes sy dulu (ms naif) dah nk pegi baru nk mkn pil. sudahnya, 4 hari sblm blk umrah kena... terkilan tu mmg ada tp nk buat cm ne ilmu cetek ms tu... apa2 pn, selamat mengerjakan umrah. semoga beroleh umrah yg mabrur doakn yg baik2 utk kami di sini yaa

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)