Spicy Oatmeal Raisin Cookies Yang Sedap

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Masa lalu kat kat cafe Jamaicablue Mid Valley, Amy ternampak ada banyak biskut kat dalam balang apa lagi... Amy beli biskut coklat chip dan oat. Tak pernah lagi rasa biskut oat tak sangka sedap jugak. 

Punyalah besar biskut tu, sekeping tu Amy share dengan En Hubby dan Irfan. Harganya Amy rasa RM4.++ sekeping kot.

Spicy Oatmeal Raisin Cookies Yang Sedap

Google sana google sini last jumpa Beth's Spicy Oatmeal Raisin Cookies. Resepi ni dapat banyak bintang dan review pun banyak... siap dengan video sekali. Tekan kat sini untuk lihat resepi asal.

Nama aje spicy tapi tak pedas pun. Amy takut-takut jugak nak cuba resepi ni sebab dia ada cengkih kang rasa macam sup pulak biskut aku...😅.

Spicy Oatmeal Raisin Cookies Yang Sedap

Tapi Alhamdulillah, sedap rasanya. Anak-anak dan En Hubby suka biskut ni kecuali Nasiim. Tak sampai 2 hari dah licin.

Amy buat sikit aje saiz yang kecil sebab teringin sangat nak buat yang besar gedabak. Yang saiz besar gedabak tu makan satu aje dah cukup.



Spicy Oatmeal Raisin Cookies Yang Sedap


Spicy Oatmeal Raisin Cookies
Beth Sigworth - Allrecipes.com


Bahan-Bahannya :-

1/2 cwn butter, softened - Amy guna salted butter
1/2 cwn shortening
1 cwn gula perang
1/2 cwn gula
2 biji telor
1 sk esen vanila

1 1/2 cwn tepung 
1 sk baking soda
1 sk ground cinnamon
1/2 sk ground cloves - cari kat kedai tak jumpa, Amy mesin aje sudahnya.

3 cwn rolled oat - bukan yang masak segera tu
1 cwn krismis




Spicy Oatmeal Raisin Cookies Yang Sedap

1. Panaskan oven 175 c tapi Amy buat 180 c.

2. Pukul butter, shortening, gula perang, gula,telor dan esen vanila sehingga berkrim dan 'smooth'.

3. Dalam bekas lain satukan tepung, baking soda, kayu manis, cengkih dan garam(klu guna unsalted butter). Gaulkan, ayak dan masukkan dalam adunan gula+butter tadi.

4. Kemudian masukkan krismis dan oat pulak. Gaulkan.

5. Drop by rounded teaspoonfuls onto ungreased cookie sheets.
- Amy guna tangan aje.

6. Bakar 10-12 minit sehingga light and golden. Amy bakar 11 minit aje.

7. Biarkan 2 minit sebelum alihkan ke ... lupa pulaklah nama benda berjaring tu...redai ke apa ntah, biarkan sejuk kat atas tu kemudian baru simpan.

Biskut ni chewy macam biskut kat sunway tu kalau nak yang rasa macam biskut raya tu, Amy rasa kena bakarlah lama sikit kot. Masa baru keluar oven tu kat tengah-tengah biskut tu nampak macam tak masak tapi lepas 2 minit dia ok. Jangan pulak pergi bakar balik nanti jadi biskut raya pulak.


Comments

  1. pernah buat biskut coklat cip tapi tak menjadi, sekarang dah fobia nak buat biskut macam ni takut tragedi lama berulang..hihi

    ReplyDelete
  2. Teringin nak buat cookies sendiri heheh buat bebanyak pastu sendiri habiskan hahah! ^^ thanks for the recipe :D

    ReplyDelete
  3. Spicy die tuh sure rase dari cengkih dan cinnamon tuh kan..hehehe.

    ReplyDelete

Post a Comment

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)