hilmirdadaud.blogspot.my

Sticker/Label Di Dapur.

| On
February 04, 2018
Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Dulu Amy jumpa sticker Ikea ni kat bahagian barangan dapur tapi sekarang ni dia dah pindah kat tempat alat tulis, pembalut hadiah tu. Patutlah dua-tiga kali mencarinya tak jumpa.

Sticker/Label Di Dapur.

Tak silap Amy dekat RM10 harganya. Banyak jugaklah stickernya, 90 ke 100 ke entahlah... hahah Amy lupa ler.

Sticker/Label Di Dapur.

Kalau ada banyak jenis gula macam Amy ni, sticker ni sangat membantu. Dulu kalau nak mencari gula kastor Amy kena tengok betul-betul kehalusan gula tu. Yelahkan gula kastor dengan gula halus lebih kurang aje halusnya.

Kalau En Hubby dan anak-anak Amy lagilah, kat mata diorang sama aje gula tu jadi kalau ada sticker ni senang. Tak delah salah ambik.

Sticker/Label Di Dapur.

Bahagian ni senang, Amy aje yang buka bahagian ni. 

Sticker/Label Di Dapur.

Bahagian ni memang sangat memerlukan sticker ni. Masa ni tak banyak lagi sekarang penuh dah. Senang nak cari tepung gandum, tepung beras, tepung pulut, tepung jagung, high protein ... eh macam-macam jenis tepung daaaa.

Benda ni sangat membantu bila nenek Amy ada kat sini. Bila dia nak ambik tepung dia pun tak tau yang mana satu tepung yang dia nak guna. Sama aje pada mata dia.



Sticker/Label Di Dapur.

Label jenis sticker ni ada 3 kaler. Suka hatilah nak pilih kaler mana pun.

Sticker/Label Di Dapur.

Gula untuk buat air Amy dah asingkan kat tempat lain, memudahkan En Hubby dan anak-anak nak ambil. Tapi manalah tau kot gula dalam botol tu dah abis jadi diorang tahulah kat mana nak cari.
1 comment on "Sticker/Label Di Dapur."
  1. sticker ni kalis air x? maksudnya kalu basuh bekas nnt mudah tanggal ke mcm mn?

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)